Monday, March 16, 2015

:: susah hati... hmmmm ::

Assalamualaikum semua...

Lama dah rasanya tak update blog nii... bersawang habes daa rasanya blog niihh...kikiki...

tajuk kat atas tu aku tulis susah hatikan...memang aku tgh susah hati la skang ni... susah hati nengok badan sendiri...yg dulunya putih,skang da hitam legam..

Sejak2 aku preggy nii semua nya nk jadi hitam...pasai ape tah... orang kata sbb hormon org preggy tu sendiri...ada yg preggy jadi putih berseri2..ada yg jadi hitam legam..mcam aku..ohhh tensionnnyaa...

Aku harap simptom2 hitam legam ni akan berakhir n badan aku akan jadi seperti sediakala bila aku dah deliver nnti..org kata nnti lpas deliver bnda2 -ve tu semua takdak daa...harap2 gitu laa...

Bila aku mengadu kat husband aku yg badan aku ni dah jadi hitam legam,dia kata takpe..semuanya sbb ada baby dlm perut sayang tu...nnti dah deliver hilanglah...husband aku pon kata gtu...tapi aku yg susah hati nengoknya... haaaiii entahhlaa...

Korang yg ada pengalaman jadi cam aku time preggy ni cer tepek komen kat bawah nii... mana tau korang ada petua ke nk hilangkan hitam2 tu...boleh la share ngn aku...hikhikhik...

Ok takat ni jer laa..doakan agar segalanya dipermudahkan buat aku untuk melahirkan baby ni nanti yer...aaminn..

InsyaAllah lain masa aku update lagi.. Bye2 semua..

Sunday, June 8, 2014

~ Mungkin Betul ~

Assalamualaikum.. Selamat malam semua...

Tengok tajuk kat atas macam pelik jer kan...ape yg mungkin betulnya.. ye dak...
Ini lebeh kurang ape yg sy rasa lar...nk meluahkan..kat sini la tempatnya...Nak luah kat orang tak semua orang mau dengaq ape yg kita nk kata...

Mungkin betul....mungkin betul ape yg kita nak tu tak selalu kita akan dapat...
Sebab... Kita merancang Allah juga merancang...Tapi perancangan Allah tu lebeh baik...thats why kenapa kita tak selalu dapat ape yg kita nak... Tapi Allah tak biar kita macam tu jer... Allah gantikan "sesuatu" yg kita tak dpat tu dengan "sesuatu" yg lebeh baik... See.. Betapa Allah sangat sayangkan kita.. Kita jer tak nampak..

Kadang2 bila kita dok sorang2 mula lah dok pikiaq macam2.. pasai apa aku tak dapat ape yg aku nak ni?? pasai ape ni? pasai apa tu? betul dak? Saya pon mcm tu jgk dulu... Selalu mengeluh..selalu rasa tak best bila sy tak dpt ape yg sy nak...bila sy gagal nk buat sesuatu..bila sy "terpaksa" lepaskan ape yg sy sayang demi hidup yg lebeh baik.. saya selalu pikir,betul ke jalan yg sy pilih ni.. Tak menyesal ke sy kemudian hari dgn jalan yg sy pilih ni.. Secara jujurnya sy selalu berfikiran begitu...

Tapi... Kalau kita percaya dengan perancangan Allah tu InsyaAllah kita memang takkan nak fikir gitu dah...
Kalau tibe2 saya rasa menyesal dgn ape yg sy buat... tak dapat ape yg sy nak... cume satu jer yg terlintas di fikiran sy "TAKDAK REZEKI AKU" .... bersangka baik la... InsyaAllah semuanya akan baik2 saja..

Saya berdoa semoga Allah kurniakan saya kekuatan jiwa... ketabahan hati untuk segalanya... Semoga saya dapat membahagiakan insan2 yg amat sayangkan sy.. Semoga sy dapat membahagiakan mereka selagi saya bernyawa... Mudah2an Allah mudahkan segala urusan sy..

Kadang2 kita harus mengalah dengan "sesuatu" tu bukan kerana kita takut/kalah... tapi kalau demi untuk kebaikan... kebahgiaan... kegembiraan org2 yg sygkan kita,why not kita mengalah kan... pokok pangkalnya balik la pada DIA..  InsyaAllah kita akan tenang even kita tgh ada masalah..

Sampai takat ni jer lah.. Assalamualaikum... Selamat malam korang..










Wednesday, June 4, 2014

:: Kenangan Terindah ::

Assalamualaikum... selamat petang korang... Hujan lebat sgt kat sini... kat tmpt korang tak hujan ke? Tak de benda sbnrnya nak cite... nak create post ni pon t'fikir2 ape la yg sy nak post ni... ok jom bace ape yg sy nak mrepek kt bwh ni ye...hehe

Korang pernah t'fikir tak cinta pertama tu kadangkala tak jadi cinta terakhir kita...bercinta bagai nak rak dgn org laen tibe2 kawin dgn org lain.. Itulah namanya jodoh.. Kita merancang Allah jua merancang tapi perancangan Allah dah tentu lebih baik...

Tak semestinya tak dapat ape kita nak Allah tu tak sayang kita.. Allah tak bagi ape kita nak tapi Allah bagi ape kita perlu... Past is past... siapa kita nak menidakkan takdir Illahi..ye dak?

Kalau rasa sedih sbb ape yg kita nak kita tak dapat,baliklah pada DIA... DIA saja yg boleh membantu... Berdoa banyak2.. Bila kita d'timpa kesusahan, kesedihan, mengadu la pada DIA... semoga segalanya baik2 saje nanti....

Memang benar...kenangan tu amat payah untuk dilupakan... Tak de siapa marah awak nk ingt kenangan lama awk to tp cuma satu...jgn sampai memudaratkan diri kita.. ingatlah... kenangan tu sesuatu yg indah untuk dikenang... nama pon kenangan...kan...

Ape pon yg kita nak buat...kita kena ingat.. ada  ramai org disekeliling kita... jage la hati orang2 yg ada bsama kita.. hargai mereka.. jangan nanti dah tak dak,bru nk myesal...

Percayalah...semua orang ada kenangan manis & pahit...

Kenangan manis sy adalah awk...tq sbb selalu ada dgn sy..selalu sayang sy...sentiasa bersabar dgn kerenah sy...Kurang dari 3bulan lagi kita akan disatukan...sy sayang awk selamanya MUHAMAD ALIF FILDZA BIN DAUD...awk segalanya pada sy...much love..semoga urusan kita nanti dipermudahkan...insyaAllah..amin ^_^)Y

Tuesday, June 3, 2014

~ Mana satu pilihan hati ~

Saya bertanya kepada emak, "mak mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?"

Mak jawab, "dua-dua bukan.."

Saya tercengang. Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." saya menarik nafas dalam-dalam.

"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya  mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.  Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan  sekilas saya pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.."  mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu  membaca hati hambaNya.." mak menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan  kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja  ditonjokan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."

Mak  menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama  mencari redha Allah.."

Mak menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang  bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin  dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh  ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak  dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung, "Setiap manusia  telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali  lagi. Persoalannya ialah.. siapakah jodohnya itu?" mak berhenti  seketika.

Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak  buat-buat tidak nampak.

"Mak dulu masa muda ada secret admire..  Rajin betul dia hantar surat. Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum  kahwin ni tak halal. Mak nak belajar sungguh-sungguh. Lama budak tu  tunggu mak. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta  dia jika dia sah suami mak. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak  pernah dia menerima balasan cinta tu," Mak merenung jauh. Saya  merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak  memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?" saya menyoal sambil  memandang tajam wajah mak.

Emak ketawa kecil.

"Walaupun mungkin ada, mak  tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan  tu. ..Mak takut pada Allah.. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang  lain. Mak, seperti kakak.." Mak memandang saya sambil memegang pipi dan  dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Dulu  bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung. Mak membawa imej  agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu  panggil mak dengan gelaran mak Aji.  Sebab zaman tu hujung 70-an dan awal 80-an tak ramai lagi yang bertudung  betul menutup auratnya. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian  kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua  dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung  sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak  melemparkan pandangan ke lantai.

"Selepas itu ustazah jumpa kami secara  persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia  suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak.  Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan  pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit  semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

"Mungkin  kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.  Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul  sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak  ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak  membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di  muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap  orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat.  Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan  batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya.

Saya diam. Fikiran  saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

"Jatuh cinta perkara  biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita  jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni. Tetapi kita kena ingat. Kita  tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling  cinta mencintai.. Bercouple mungkin. Tetapi bukan berkahwin. Kerana  kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak  azali. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita  yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya  mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak.

Emak  meneruskan, "Allah itu Maha Adil. Dia tak pernah menzalimi  hamba-Nya. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hamba-Nya ialah diri hamba  tu sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan  yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam  Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain  seperti diri sendiri. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan,  kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada  batas-batasnya.. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi,  tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan  seorang lelaki dan seorang perempuan..

Cuba  renungkan, kita mengenali  seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita  jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula  dengan yang lain. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia  terputus. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah. Kita dan dia  masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.  Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap  lelaki ajnabi seperti yang awalnya," emak berhenti seketika.

Tentu  kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.

"Jadi di  sini mak nak kamu faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa. Dan  berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki  lain. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang. Ada  orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena  perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh  cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.. Kita beritahu  pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita  mencintai si dia..Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala  perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak ayah adalah kerana  mencintai Allah. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beritahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal  kerana Allah semata-mata."

"Hati kita ni walaupun dalam dada  kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk  mengawalnya. Hanya Allah yang boleh memegangnya. Sebab tu kita kena  dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati  kita.. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat  lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak  rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan  Allah. Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan  manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan,  sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin,  hodoh,cacat dan dungu. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang  pernah merasai sahaja yang mampu mengerti."

"Walau siapapun  jodoh yang Allah hantarkan untuk kamu, terimalah dengan hati yang  redha. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kamu  sayang, tak jadi hal lah. Tapi kalau dapat yang kamu tak nak, lantaran  kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan  telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.. Dan mungkin kamu  ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia  bermakna dan mungkin kamu sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang  ada pada dia. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang  kamu sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kamu..  Alangkah bertuahnya kamu kalau kamu mengerti setiap pemberian Allah dan  belajar untuk bersyukur," sekali lagi berjuraian air mata saya turun.  Terasa lemah lutut hendak berdiri.


[B]Emak menarik tubuh saya dan  memeluk erat.. Pelukan emak sangat-sangat kuat. "Emak dah didik anak emak  dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak  emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara," emak  mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke  bahu saya.

~ Bila Rinduuuuu ~

Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.
Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.
Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.
Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.
Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.
Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.
Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.
Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.
Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.
Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu
,
Cinta yang kekal dan abadi
.

Friday, January 10, 2014

:: Popia Nestum + Popia Simpul Kasih ::

Assalammualikum...baru jah update td..ni nak update lagi...heheh

Lately sy baru berjinak2 nak wat bisnes online ni..tak byk lg brg yg sy jual..tp blh la sikit2 nk cari duit poket..kn..

Selain apam polkadot,sy juga amik order untuk popia nestum & popia simpul kasih...biasanya popia ni time2 raya baru lah senang nk dpt..tp sekarang tak yah tggu raya lah..blh jer kalau nk mkn...meh la order dgn sy...jgn segan2..jgn malu2..blh msj sy kalau korang nk order...tak mau ckp byk..meh tgok gmba kat bwh ni k...hihi





Popia Nestum sebalang hanya RM15..



Popia Simpul Kasih sebalang hanya rm19



Popia Nestum dlm package..sepeket 50g...hrga RM1.10..min order 5 paket..

Kalau ada yg keliru lagi meh sy bagi senarai hrga popia ni...kat bwh eh..

* Popia Nestum sebalang RM15
* Popia Simpul Kasih sebalang RM19
* Popia simpul kasih/nestum package RM1.10 

If ada yg berminat blh trus msj/whatsapp 0169851796...
Jgn segan2..trus msj ok..lmbat2 nnti kempunan plak..heheh
Sampai cini jer lah entri kali ini..insyaAllah laen kali sy update lg..syg korang...jage diri oke... ^_~




:: Apam Polkadot Yang Comel ::

Assalamualikum...hye korang...sehat?harap korang baik2 jer..insyaAllah,semoga kita semua berada dalam lindungannya..mudah2an..

Entri kali ni agak menarik cikit pada saya..becoz...saya nak share something ngn korang...saya ada jual APAM POLKADOT..APAM ANGRY BIRD...LADY BIRD..BEE..STRAWBERRY..ELMO..MINION..n mcm2 lagi...yg best nya saya amik tempahan seluruh malaysia..kat bwh ni sy sertakan gamba2 apam yg comel2 tuh..korang tgok la..kalau2 berkenan blh la order dgn sy..hehe




yang ni apam polkadot..





yang ni apam angry bird..(kaler korang blh pilih nk kaler ape)


apam bumble bee



apam ladybird...(kaler blh pilih)



apam strawberry




apam 3D Word

Camner korang suke tak?mesti korang teruja kan tgok apam2 nih...kalau nak order..blh trus msj/whatsapp sy 0169851796..kat bwh ni sy sertakan harga bg apam2 ni eh..kalau sudi blh la place order ngn sy...^_^

#Harga bagi apam2 yg sy jual

* Apam Polkadot 50biji = RM18
* Apam Berbagai versi 50 biji = RM22
* Apam 3D Word 25biji = RM21
* Apam 3D word 35 biji = RM25

# Apam berbagai versi tu like apam angry bird,ladybird,bumblee bee,elmo,strawberry,ninja turtle n lain2...

kalau korang rasa teringin nak order blh trus msj/whatsapp sy taw..0169851796...

lastly,terima kasih kerana membaca..have a nice day korang.. ^_~